Wednesday, January 21, 2015

Wordless Wednesday

Psst: minggu sibuk untuk Queen & family. So belanja gambar anak-anak jela yer. Apa yang sibuk sangat tu next entri Queen story yer.

Tuesday, January 20, 2015

7 Tips Tegangkan Kulit Wajah Supaya Cantik Berseri


Memiliki kulit wajah yang tegang dan anjal adalah impian setiap wanita namun kemampuan untuk mendapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan adalah terhad maka di sini Queen senaraikan 7 cara untuk menganjalkan dan menegangkan kulit wajah kita supaya cantik berseri dan kelihatan awet muda sentiasa. Tips yang paling murah dan selamat hanya merawat wajah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan alami yang kebanyakannya terdapat di dapur kita. Manfaatkan dan lakukan secara konsisten pasti anda akan dapat hasil yang superb! Selamat Mencuba!

1. Rahsia Lendir Lidah Buaya


Dulu memang banyak kat rumah mak. Sekarang dah tak ada langsung so lepas ni boleh tanam kat rumah sendiri. Lebih menjimatkan!

Caranya: Sapu seluruh wajah dan leher dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga ia kering, kemudian bilas dengan air sejuk. Lendir lidah buaya bukan sahaja dapat menganjalkan kulit malah ia juga melembap dan membantu mengecutkan jerawat.

2. Kombinasi Putih Telur dan Madu


Telur ayam ni pastilah sentiasa ada dalam peti ais setiap rumahkan? Kalau yang duduk kampung ada bela ayam kampung lagi bestkan.. Bertambah-tambah penjimatannya!

Caranya: Ambil sebiji telur ayam kampung. Asingkan telur kuning, ambil bahagian putih sahaja. Campurkan dengan dua sudu madu. Gaul sebati, jadikan masker. Sapu rata pada seluruh wajah & leher. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit, bilas dengan air suam yang dicampur perahan limau nipis. Selain berfungsi mengekang penuaan, kombinasi bahan ini juga mencerah dan merawat resdung.


3. Khasiat Kulit Pisang



Setiap kali beli pisang kulitnya jangan dibuang terus. Buat rawatan dengan kulit pisang tu dulu lepas tu baru boleh buang ok!

Caranya: Gunakan kulit pisang emas masak. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua hingga tiga kali seminggu. Anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit semakin cantik dan parut pula semakin pudar.

4. Ramuan Timun & Tepung Ubi Kayu


Caranya: Sagat timun sehingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacau rata, jangan terlalu cair. Jadikan sebagai masker, sapu pada wajah. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas wajah dengan air suam. Bukan sahaja mencerah dan menegangkan kulit yang kendur malah tepung ubi kayu dan timun juga menyegarkan kulit kusam.
5. Keistimewaan Susu Segar


Susu segar bukan sahaja enak diminum malah makanan ini juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah.

Caranya mudah sahaja, sapukan seluruh wajah dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering. Bilas bersih dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga anda mendapat hasil seperti yang diharapkan.

6. Jus Lobak Merah & Pegaga Rawat Dari Dalam


Lobak merah dan pegaga sangat baik untuk kesihatan. Kedua-duanya kaya dengan pelbagai khasiat. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga.

7. Sustained Release Vitamin C Shaklee


Sustained Release Vita-C Plus ini memang bagus untuk kecantikan kulit. Selain memakannya, Vitamin C ni boleh dibuat sebagai masker pada wajah.

Caranya: Patahkan 1/3 vitamin. Lumatkan dan letak sedikit air. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan 15 minit hingga 20 minit sehingga kering. Selepas itu cuci wajah dengan air suam. Inshaa Allah kulit akan menjadi licin dan halus serta membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.

Jimatkan? Boleh dimakan dan boleh juga dibuat masker. Cepat dan mudah!

Zaman sekarang ni semua orang mahukan yang cepat dan mudah kerana kesibukan kita dengan rutin harian. Queen yang #WAHM ni pun rasa tak cukup masa apatah lagi bagi ibu-ibu yang bekerja dan menguruskan rumahtanggakan. Kecantikan ni perlu juga dijaga kelak nanti suami kata isteri tak pandai jaga kecantikan diri. Tup-tup nanti guna alasan nak cari yang lain.. kan.. kan... Nah inilah cara yang ringkas dan cepat.

U all boleh call / sms / whatsapp Queen jika berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee ni. Inshaa Allah Queen akan beri perkhidmatan rundingan yang terbaik dan secara PERCUMA kepada u all.

018-386 1519
Queen Teratai

Carian Anda...

Loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...